Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Sekolah Kebangsaan St. John, Bau

BAHAWASANYA KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAMBERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

1. Memberikan pendidikan asas yang sempurna untuk semua murid di sekolah ini berasaskan     matlamat Falsafah Pendidikan Negara

2. Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan

3. Menentukan setiap guru dan kakitangan sekolah dapat berkhidmat dengan dedikasi,                 komited, berdisiplin,cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

4. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelajar,           ibubapa/penjaga,masyarakat dan negara.

5. Memberi layanan mesra, segera dan saksama kepada semua kategori pelanggan.

6. Menentukan segala surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan           segera dengan lengkap dan tepat kepada pihak yang berkenaan.

7. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar           yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang membina     daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan               sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan